Menjadi IBU...bukanlah semudah yang kita bayangkan......ye la...ANAK adalah AMANAH ALLAH.....Apa yang Penting????Kerjasama....apa yang penting?kerjasama....
Ya...kerjasama suami amat penting.....dan banyak meringankan sedikit kerja kita......
Satu saat anda bahagia melihat si comel membesar....merangkak lantas berjalan......gembira melihat dia senyum......tumbuh gigi pertama (setelah letih menjaganya demam tumbuh gigi)......Excited hendak membelikan kasut pet pet setelah dia pandai berjalan....
Saat terindah yang dinanti......saat si comel memanggil....MAMA!!!!! (masa tue sedar2 badan dah bulat!!!!takpa...teruskan B F agar cepat kurus...anak pun sihat!!)
Namun, apabila anak anda berperangai tidak baik, anda akan berasa sangat marah kan...(lebih kurang 10 minit je)...kemudian disebabkan rasa sayang anda yang amat mendalam, anda akan rasa kesian dan bersalah seketika......apabila melihat si dia sedih dan merajuk......
Setiap kanak2 ingin disayangi dengan cara yang berbeza2......
Semua orang tau, anak-anak adalah ibarat kain putih bersih dan ibu bapa adalah orang yang bertanggungjawab mencorakkan kain putih tersebut.
Sama seperti sehelai kertas lukisan, jika cantik corak dan warna yang anda lakarkan, cantiklah jadinya lukisan anda itu. Jika sekadar cincai dan ‘aci siap’, jangan mengeluh jika hasil yang diperolehi tidak memuaskan hati anda sendiri.....Besar tanggungjawapnya tue....
Samalah juga dengan memelihara, membesarkan, membimbing dan mendidik anak-anak. Jika sebuah lukisan yang cantik perlukan ketekunan dan kesabaran, mempunyai anak-anak yang baik berlebih lagilah memerlukan ketekunan dan kesabaran. Bukan mudah menjadi seorang ibu dan bapa tambah lagi di zaman serba canggih dan moden kini.
Sebagai seorang ibu dan bapa, tanggungjawab menjadikan anak anda seorang insan yang berguna kepada semua orang terpikul di bahu sejak anak anda masih di dalam kandungan. Bila mengetahui anda bakal menjadi seorang ibu atau bapa, perkara paling utama yang perlu anda lakukan adalah melengkapkan diri anda dengan ilmu-ilmu keibubapaan.
Ketahui nama-nama yang baik dan sesuai untuk bakal bayi anda. Belajar mengenai psikologi anak-anak dan bagaimana kaedah untuk membesarkan dan mendidik anak-anak bermula dari hari pertama bayi anda dilahirkan hinggalah bayi anda pula berada di tempat anda sekarang.
Malangnya ramai bakal ibu dan bapa yang tidak ambil berat mengenai hal ini. Ada masanya, bila anak-anak dah lahir baru sibuk mencari nama, dah tu nak pulak nama-nama ‘glamour’ dan ‘up to date’ tanpa memikirkan apakah maksudnya.
Bila bayi anda membesar dan mula ‘buat perangai’, anda pulak yang serabut malah ada yang menganggap kerenah anak-anak itu adalah beban. Berbanding mereka yang ada ilmu keibubapaan di dada, setiap kerenah anak-anak akan dapat ditangani dengan mudah insyaAllah.
Sikap keras yang anda tunjukkan akan membekas di jiwa anak anda dan tiba satu masa dia akan bersikap sama, memberontak bila kehendak dan hajatnya tidak kesampaian. Sebab itulah ada kanak-kanak yang dah pandai bersikap degil, keras kepala dan baran walaupun usia masih terlalu muda.
Bila bayi anda membesar dan mula ‘buat perangai’, anda pulak yang serabut malah ada yang menganggap kerenah anak-anak itu adalah beban. Berbanding mereka yang ada ilmu keibubapaan di dada, setiap kerenah anak-anak akan dapat ditangani dengan mudah insyaAllah.
Sikap keras yang anda tunjukkan akan membekas di jiwa anak anda dan tiba satu masa dia akan bersikap sama, memberontak bila kehendak dan hajatnya tidak kesampaian. Sebab itulah ada kanak-kanak yang dah pandai bersikap degil, keras kepala dan baran walaupun usia masih terlalu muda.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete