Showing posts with label bacalah. Show all posts
Showing posts with label bacalah. Show all posts

January 25, 2011

Panduan untuk bakal ibu bapa...

Orang merasakan menjadi isteri itu mudah. Jikalau menjadi isteri itu mudah, mengapakah kita lihat hingga 70 peratus mereka yang berkhawin di Lembah Klang bercerai ? Berita pada Oktober 1999 menyatakan di Singapura, kadar perceraian umat Islamnya ialah 25 peratus. Sebenarnya setiap lelaki dan perempuan perlu belajar ilmu untuk mendirikan rumah tangga sesuai dengan kehendak Islam. Malangnya, ramai muda mudi masa kini menjadikan cerita hindustan dan movie dari barat sebagai panduan untuk berumah tangga. Kalau ikut orang barat, jumpa beberapa jam sahaja sudah boleh diikuti dengan babak diatas katil. Bagi kebanyakkan orang arab, ibu mengajarkan ilmu bilik tidur kepada anak perempuan mereka. Lelaki mereka pula diajarkan ilmu agama yang bukan setakat mengucap syahadah dan sembahyang serta mandi wajib sahaja kerana hanya ilmu agama sahaja yang dapat memberikan jaminan satu rumah tangga yang dibina akan kukuh, harmoni, diberkati, dirahmati dan kekal keanak cucu.

Sebagaimana kita perlu banyak melakukan persediaan diri sebelum mencari pasangan hidup, begitulah juga kita sewajarnya melengkapkan diri sebelum merelakan untuk menjadi ibu atau bapa. Manusia dijadikan Allah berbeza dengan haiwan. Burung kalau nak bertelur Allah jadikan pandai mereka membuat sarang secara otomatis tanpa perlu belajar. Manusia secara fitrahnya memang berbeza dengan haiwan dimana manusia diwajibkan belajar termasuk belajar bagaimana untuk menjadi ibu yang solehah. Malangnya masyarakat kini sanggup mengeluarkan berpuluh ribu ringgit hanya untuk pendidikan sekular bagi kepentingan ekonomi diri sendiri sahaja tetapi untuk kepentingan agama yang bakal menjamin kebahagian hidup dan rumahtangganya, tak ramai yang sanggup mengeluarkan duit yang banyak.

Samalah kesnya seperti ibu bapa yang bila bayar RM100 untuk tuition kimia tak jadi masaalah tetapi bila ustaz mengajar AlQuran minta RM20, banyak sangat soal jawabnya. Islam mendidik kita dari peringkat awal sekali iaitu sebelum suami isteri berjimak hendaklah berdoa yang bermakna "Ya Allah jauhkan kami dari syaitan dan jauhkan syaitan dari anak yang engkau kurniakan". InsyaAllah tuhan akan melindungi dan memberikan berkat dan rahmat keatas suami isteri tersebut. Tanpa doa ini syaitan akan terlebih dahulu menjimak isteri tersebut. Dengan doa dan izin Allah kelak benih yang bertemu antara benih bapa dan ibu selepas jimak ini akan dilindungi Allah dari gangguan syaitan. Benih ibu yang bercantum dengan benih bapa akan menyebabkan si ibu akan mengandung.

Pendidikan untuk mendapatkan anak yang soleh bukan selepas anak dilahirkan tetapi adalah bermula dari saat ini. Jikalau bermula dari saat ini si ibu lebih kerap murung dan penyedih maka kelak anaknya akan murung dan penyedih jugalah. Jikalau si ibu bermula dari saat ini mengubah dirinya kepada sifat-sifat yang mulia, insyaAllah anak yang bakal dilahirkan akan menjadi anak yang mempunyai sifat yang mulia. Mengapa saya hanya menekankan faktor ibu sahaja dalam pembentukan pribadi anak yang bakal dilahirkan? Adakah bapa tidak mempunyai peranan dalam pembentukan pribadi anak yang bakal dilahirkan? Sebenarnya Islam mengajarkan bahawa sebaik sahaja seorang lelaki menerima seorang perempuan sebagai isterinya, maka berpindahlah tanggung jawab mendidik perempuan ini dari ibu bapanya kepada si suami. Sebagai suami, kewajipannya bukanlah setakat mencari rezeki, memberikan tempat berlindung dan memberikan nafkah batin tetapi perkara penting yang para suami telah ramai melupakannya ialah mendidik isteri mereka kearah islam yang sejati. Jikalau sebelum mengandung si suami telah banyak mendidik isterinya dan proses ini berterusan sepanjang hayat, sudah pasti si ibu akan menjadi isteri yang solehah dan isteri ini bakal melahirkan putera-puteri yang soleh-solehah dan berpribadi mulia.

Tetapi yang banyak berlaku pada masa kini ialah Suami isteri macam 2 x 5. Suami dan isteri sama-sama miss sembahyang subuh dan zuhur. Suami pergi kerja pasang badan dan isteri pergi kerja dengan make up yang tebal dan pakain yang menggiurkan berwarna warni serta dengan wangian yang mempesonakan. Ini telah dinyatakan oleh Allah dalam firmannya pada surah An Nuur ayat 26 : "Perempuan-perenpuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat dan lelaki-lelaki yang jahat adalah untuk perempuan-perempuan yang jahat dan sebaliknya …". Kalau kita baca dalam mass media, ini ditunjukkan dengan artis kahwin dengan artis atau dengan orang yang sama jiwanya. Dengan ini jelaslah bahawa peranan bapa dalam membina pribadi anak yang bakal dilahirkan adalah lebih utama dari si ibu cuma kesannya lebih merupakan secara tidak lansung manakala ibu adalah secara lansong.

Anak berperibadi buruk => ibunya berperibadi buruk => bapanya berperibadi buruk dan tidak berusaha menjadikan dirinya dan isterinya lebih baik.

Dari hujah inilah setengah orang dapat menilai seorang lelaki atau perempuan hanya dengan menganalisa tingkah laku anak mereka. Kalau kita lihat seorang perempuan tingkatan lima tak pakai tudung, boleh lah kita membuat sedikit rumusan bahawa ayahnya tak begitu mengambil berat soal agama. Seterusnya, disepanjang proses mengandung ini si ibu dituntut untuk membanyakan mambaca Al Quran termasuklah surah Yusuf dan Maryam. Sebagaimana yang dituntut oleh Islam, kalau baca Al Quran tu bacalah sekali terjemahannya. Adalah perlu diingat bahawa burung tiong emas pun pandai mengaji kalau diajarkan. Janganlah kita sama sahaja dengan burung tiong yang pandai mengaji Quran tetapi apa maknanya tidak pernah tahu.

Sepanjang mengandung, makanan yang dimakan oleh si ibu hendaklah makan yang halal kerana jikalau rezeki yang dibawa balik oleh sisuami datangnya bukan dari cara yang dihalalkan ditakuti, perangai tak baik si ayah ini akan menular kepada bayi dalam kandungan. Banyak contoh kita boleh lihat dimana suami isteri adalah terpelajar dan memegang jawatan penting dalam kerajaan tetapi anak rosak akhlak dan menagih dadah kerana sifat buruk ayah diikuti oleh isteri dan menurun pula kepada anaknya. Berdoalah dengan doa yang baik-baik tetapi janganlah berdoa seperti " Ya Allah berilah aku anak yang cantik seperti kanak-kanak didalam poster itu" kerana insyaAllah kelak Tuhan akan berikan kita anak yang cantik tetapi bisu (gambar kanak-kanak didalam poster memangnya tak boleh bercakap).

Doa dalam Islam dianggap ibadah dan setiap doa diberikan pahala. Doa membuktikan wujudnya hubungan hamba dengan Tuhannya kerana kita sebagai hamba tiada kekuasaan dan dengan itu perlu meminta dari Tuhannya. Syirik hendaklah dijauhi bukan sahaja sewaktu mengandung tetapi adalah sepanjang hidup kita kerana syirik merosakkan aqidah yang menyebakkan kita sebagai pelaku syirik akan menjadi kafir musyrikin. Nauzubillah minta dijauhkan oleh Tuhan. Allah berfirman "sesungguhnya orang yang mensyirikkan Allah niscaya Allah akan mengharamkan Syurga baginya dan tempat tinggalnya kelak adalah neraka dan tiada seorang penolong pun bagi orang-orang yang zalim" Allah mengharamkan syurga bagi orang ini kerana ia telah menjadi kafir dan sesungguhnya setiap orang kafir diharamkan oleh Allah dari masuk syurga.

Upacara melenggang perut pada bulan-bulan tertentu dalam budaya melayu dengan setengahnya meletakkan kelapa diatas perut tiada dicontohkan oleh Nabi dan ditakuti perbuatan ini termasuk dialam kategori syirik juga. Didalam usaha kita menangani masaalah syirik ini marilah sama-sama kita menghayati beberapa istilah penting berikut :- 1. Syirik : Mempersekutukan Allah dengan sesuatu makhluk ciptaannya seperti patung, gambar, tulisan, senjata, tangkal azimat, pokok, batu dll. 2. Tangkal : Benda-benda (seperti kain merah, kemenyan, limau, batu, cincin, tali, kayu, besi kuning, tahi besi dan banyak lagi) yang dipercayai boleh memberikan rahmat/pertolongan kepada sipenggunanya. 3. Azimat : Sebarang benda-benda bertulis ( samaada tulisan rumi, arab, AlQuran, hadith, rajah-rajah dll) yang dipercayai boleh memberikan rahmat/pertolongan kepada sipenggunanya. 4. Ubat : Benda yang digunakan ( dimakan, disapukan dll ) untuk tujuan menyembuhkan penyakit atau menyihatkan badan dengan izin Allah. 5.

Matlamat tidak menghalalkan cara : Menjadi pencuri untuk memberi sedekah kepada orang miskin- haram. Jumpa bomoh/dukun/pawang syirik untuk tujuan berusaha untuk menyembuhkan gangguan syaitan diharamkan dalam islam walaupun matlamatnya adalah baik iaitu untuk menyembuhkan. Ibu bapa perlu menguasai dengan kukuh bab syirik ini kerana anak yang soleh tidak akan lahir dari ibu bapa yang musyrik (mengerjakan syirik). Ramai orang tahu bahawa tangkal itu salah tetapi untuk mereka terus menyimpan tangkal-tangkal yang diberikan, mereka menghujah bahawa mereka setakat menyimpan sahaja tangkal tersebut sedangkan niat dalam hati mereka tidak terpesong dan tidak mempercayai tangkal tersebut serta mereka masih mempercayaai kuasa Allah. Persoalannya ialah, kalau dah tak percaya kepada tangkal tersebut kenapa terus menyimpannya? Bukankah lebih elok dibuang sahaja tangkal tersebut.

Satu insiden berlaku pada hari raya aidil fitri tahun 1998. Hamba Allah menyimpan pedang warisan dari nenek moyangnya. Setelah ditegur bahawa pedang tersebut adalah tangkal dan menyalahi Islam mereka berkata bahawa mereka hanya setakat menyimpan sahaja pedang tersebut tanpa niat yang terpesong dari Islam. Tetapi masaalahnya, pedang ini mereka puja dan setiap malam jumaaat kliwon dibakar kemenyan dan sekali setahun pula dimandikan dalam upih pinang. Sekali sekala pula hamba Allah ini berdialog secara lansong dengan pedang ini. Perbuatan ini jelas syiriknya tetapi bila diberi peringatan , mereka berusaha mencari helah dan alasan untuk membenarkan perbuatan mereka yang syirik ini. Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud ada menyatakan yang mafhumnya berbunyi: "Sesungguhnya tangkal, azimat dan petunduk adalah syirik" Dalam hadith sahih Turmizi dan Al Hakim pula ada menyatakan mafhumnya: "Sesiapa yang memakai / menyimpan sesuatu (tangkal azimat dll) maka ia telah bertawakkal dengan nya". Hadith ini menjelaskan bahawa apabila kita menerima sebarang pemberian dari bomoh lalu menyimpannya dengan tanpa sebarang niat sebenarnya kita telah mensyirikkan Allah. Kita diseru untuk hanya betawakkal kepada Allah sahaja dan betawakkal kepada selain dari Allah inilah yang dipanggil syirik iaitu memohon sesuatu kepada Tuhan lain selain Allah (iaitu dalam bentuk tangkal, azimat dll). Apabila kita melakukan perkara ini samalah kita dengan orang kafir Cina dan India.

Mereka ini tahu tuhan mereka sebenarnya tidaklah berada dalam berhala tersebut tetapi berhala ini telah dijadikan tempat untuk bertawakkal (menyembah) untuk memohon dan meminta segala sesuatu. Ketahuilah bahawa menjadikan sesuatu sebagai perantara antara dirinya dengan Allah serta berserah diri (bertawakkal) kepada perantara itu, yang melakukan hal itu menurut kesepakatan Ulama (Ijmak) adalah kafir.
Orang Cina (Taoism dan budha) dan India untuk mendapatkan sesuatu: mereka bertawakkal / mengharapkan kepada perantara berhala agar memperkenankan hajat/permintaan mereka.
Pelaku Syirik (musyrikin) orang Melayu pula: Mereka bertawakkal / mengharapkan kepada perantara tangkal, azimat dll agar memperkenankan hajat/permintaan mereka.

Cuba analisakan pula kes-kes berikut pula:
Kes 1
Orang Cina (kafir), pagi hari memohon kepada topekong (berhala) dengan membakar colok mohon diberikan rezeki kepada perniagaan mereka. Orang Melayu "Islam" pula Jumpa bomoh untuk dapatkan pelaris (tangkal, azimat dll). Setiap pagi meyakini rezeki dari perniagaan bertambah kerana telah ada pelaris. Nota: Mendapatkan khidmat bomoh pelaris memang akan melariskan perniagaan anda bagi jangka pendik (diatas bantuan syaitan) tetapi selepas beberapa tahun perniagaan akan bermasaalah besar mungkin hingga perlu ditutup kerana bala dari Allah

Kes 2
Botak Chin dan pengikutnya memakai berbagai-bagai tangkal dan azimat untuk menjadikan dirinya istimewa! Orang melayu memasang susuk emas, berlian dan raksa di muka, punggung dan tangan untuk berbagai-bagai tujuan seperti cantik, manis, menawan, seksi, kuat, kebal dll.

Kes 3
Orang cina memakai tatoo untuk tujuan tertentu. Orang Melayu memakai tatoo untuk tujuan tertentu. Saat menunggu kelahiran bayi adalah satu saat yang boleh jadi menggembirakan tetapi ia juga boleh jadi satu saat yang menyeram dan mengerikan memikirkan berbagai-bagai kemungkinan yang boleh terjadi. Namun bagi orang mukmin , "mereka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati" Baqarah : ayat 62 Kalau kita banyak risau dan gelisah itu adalah satu tanda bahawa kita bukan orang mukmin sesuai dengan ayat diatas. Saat menanti kelahiran ini boleh mengubah orang yang cuai sembahyang kepada rajin sembahayang. Perbaikilah diri kita semoga menjadi seorang yang benar-benar Islam sejati semoga diantara rahmat dari Allah kelak kita menanti saat kelahiran bayi ini dengan hati yang tenang.

Saat melahirkan bayi bagi seorang bakal ibu cukup menakutkan. Berbagai-bagai cerita yang kita dengar tentang azab ibu yang melahirkan anak sehingga kematian ibu yang melahirkan anak diberikan satu kedudukan yang tinggi dalam Islam sebagai salah satu jenis mati syahid. Namun demikian persoalan yang perlu kita fikirkan ialah mengapa ada orang melahirkan anak dengan cukup mudah manakala ada pula mereka yang melahirkan dengan cukup masaalah dan azab hingga berhari-hari ? Jawapannya ada didalam Al Quran As-Syuura’ ayat 30 : "Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan mu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (kesalahan-kesalahan mu)". Jikalau seorang ibu melahirkan anak dengan banyak azab, maka Tuhan sebenarnya ingin memaafkan sebahagian dosa kita yang lalu (kalau kita redha dengan ujian ini dan tak memaki hamun dan menyumpah seranah).

Nasihat saya ialah semoga saat melahirkan bayi dilalui dengan mudah, lancar dan tenang maka ibu bapa perlu lah mengelakkan sebarang dosa terutamanya dosa yang besar dan jikalau ada dosa-dosa yang lalu seperti dosa isteri dengan suami, dosa suami dengan isteri, dosa kepada ibu bapa, dosa kepada jiran dan dosa kepada rakan hendaklah diselesaikan segera sebelum saat kelahiran bayi . Mudah-mudahan dengan kurangnya kesalahan kelak Tuhan memudahkan proses kelahiran bayi. Setelah bayi selamat dilahirkan dan telah dbersihkan badannya, seperti yang telah dicontohkan oleh Nabi SAW, belahlah (tahnik) mulut bayi anda dengan menyapukan buah tamar yang sudah dilumatkan (atau madu) kelangit-langit mulut bayi anda dengan hujung jari.

Apabila Lahirnya sahaja anak pertama yang sempurna dan comel janganlah kita pula menjadi syirik sesuai dengan firman Allah dalam surah Al A’raaf ayat 189 –190 "Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya isterinya itu mengandung kandungan yang ringan dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami/isteri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata "sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang sempurna, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur" Tatkala Allah memberi kepada keduanya seorang anak yang sempurna, maka kedua-duanya menjadikan sekutu bagi Allah terhadap anak yang telah dianugerahkanNya kepada keduanya itu. Maka Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan" Apakah yang dimaksudkan dengan Tatkala Allah memberi kepada keduanya seorang anak yang sempurna, maka kedua-duanya menjadikan sekutu bagi Allah? Akibat dari dhaifnya umat Islam masakini mereka telah melakukan apa yang Allah telah nyatakan dalam Quran ini. Lihatlah betapa setelah Allah berikan anak yang sempurna (tak cacat) mereka terus syirik tanpa disedari.

Mula-mula sekali uri yang lahir bersama bayi tadi akan dibersihkan dibubuh garam, paku dan jarum lalu ditanam dalam bekas. Malamnya pula ada yang memasang pelita diatas uri tersebut. Bukankah garam, paku dan jarum tadi telah menjadi tangkal sesuai dengan hadith sahih Turmizi dan Al Hakim diatas. Disini tanpa jumpa bomoh ibu bapa telah menjadi syirik hanya atas nasihat orang tua mereka. Kalau kita soal kepada orang tua kita mengapa perlu bubuh garam, paku dan jarum, mereka akan berkata bahawa ini adalah ikhtiar untuk melindungi dari gangguan hantu, syaitan dan jin. Disinilah silap kita yang telah menyerupai amalan orang Cina seperti yang telah dihujahkan ditas. Kita sepatutnya memohon terus perlindungan dari Allah tanpa melalui perantaraan benda seperti garam, paku dan jarum.

Seterusnya ramai ibu bapa melakukan syirik lagi tanpa disedari dengan meletakkan pula benda-benda seperti gunting, paku, kacip, bawang putih, bawang merah dll disekitar bayi tadi dengan tujuan untuk melindungi bayi dari gangguan hantu, syaitan dan jin. Bukankah ini sudah jelas hukum syiriknya dan sesuai pula dengan firman Allah dalam surah Al A’raaf ayat 189 –190 diatas. Bila saat mengandung berdoa berbagai-bagai tetapi bila dapat saja anak terus jadi kafir musyrik kerana mensekutukan Allah. Setengah orang pula tidak meletakkan barang-barang ini disekitar bayi tetapi menggantikannya dengan meletakkan surah Yaasin dan ada pula yang meletakkan AlQuran disisi bayi dengan alasan yang sama. Maka menurut definasi azimat diatas, ibu bapa ini telah menjadikan Yaasin dan AlQuran sebagai azimat dan hukumnya tetap syirik. Ia juga sesuai dengan "dari Ibrahim bin Nakhi berkata : Telah berkata Ibnu Masud : Mereka (para sahabat) telah membenci (mengharamkan) semua jenis tangkal dari AlQuran atau bukan dari AlQuran". Sebenarnya mereka yang menggunakan surah Yaasin dan Quran untuk menjauhkan gangguan hantu , syaitan dan jin adalah mereka yang terpengaruh dengan menonton movie hantu dan dracula barat dan cerita hindustan dimana hantu, syaitan dan dracula ini takut kepada kayu salib dan "holy water". Oleh kerana mereka adalah orang islam maka mereka menggunakan Yaasin dan Quran dengan tujuan yang sama. Maka dengan ini orang Islam yang menggunakan azimat dari Quran ini telah menggolongkan diri mereka sama dengan orang kafir tersebut.

Sebenarnya dengan menggunakan tangkal dan azimat bagi melindungi bayi akan menjadikan bayi tersebut lebih terdedah kepada gangguan yang akan mengakibatkan bayi kerap menangis terutamanya menjelang maghrib dan tengah malam. Syaitan telah mengganggu bayi tersebut dengan harapan ibu bapa dhaif ini akan berjumpa pula dengan bomoh/dukun/pawang agar mereka terjerumus kedalam lembah syirik yang semakin dalam. Allah berkuasa menjadikan segala rupa kejadian. Bayi yang kita lihat lemah tak bermaya diberikan oleh Allah satu kelebihan yang tidak terdapat pada orang dewasa dan kanak-kanak. Bayi boleh melihat hantu/syaitan/jin yang mengganggu. Itulah sebabnya bayi ini mudah menangis terutamanya waktu menjelang senja dan tengah malam. Secara umumnya bayi akan menangis apabila lapar, kencing, berak dan sakit atau tak selesa.

Jikalau bayi tak lapar, tak kencing, tak berak tidak sakit/kembung perut dan dalam keadaan selesa tetapi setelah dipujuk pun terus menangis untuk tempuh waktu yang lama maka bayi ini sedang mengalami gangguan dari syaitan. Pada kebiasaannya, syaitan yang mengganggu bayi ini adalah syaitan yang kita jemput secara resmi. Apabila dipersekitaran bayi atau didalam rumah banyak benda-benda tangkal dan azimat maka syaitan akan mendampingi benda-benda ini. Syaitan inilah yang mengganggu bayi ini. Akan ada orang bertanya mengapa apabila saya bawa bayi yang diganggu syaitan ini kepada bomoh, anak saya diam dan sembuh pula sedangkan bomoh ini juga gunakan khidmat syaitan. Jawapannya ialah bahawa sebenarnya syaitan ini ada mesyuarah dan pakatan diantara syaitan-syaitan dan matlamatnya adalah agar manusia terus syirik. Syaitan dari bomoh tersebut telah berpakat dengan syaitan asal yang mengganggu bayi agar jangan lagi mengganggu bayi ini. Perkara ini nampak seolah-olah syaitan telah menolong bomoh dan bayi tersebut.

Sememangnya benar syaitan ini menolong bayi tetapi keuntungan jauh lebih besar yang diperolehi oleh syaitan ialah ibubapa bayi ini telah murtad dan syirik dengan berjumpa bomoh dan menerima tangkal/azimat dari bomoh tersebut. Namun demikian satu perkara yang menarik yang perlu difikirkan oleh semua orang Islam ialah "adakah selamat dari gangguan syaitan (dengan jumpa bomoh) ini kekal ?". Jawapannya ialah kembali kita kepada Al Quran As-Syuura’ ayat 30 diatas, setiap yang berdosa akan menerima musibahnya. Secara kebiasaannya (hukum adat seperti yang ditetapkan oleh Allah), selamat (aman) dari gangguan syaitan (dengan jumpa bomoh) ini hanya akan bertahan untuk tempuh selama 30 hingga 40 hari sahaja. Selepas tempuh ini syaitan akan terus mengganggu bayi ini dengan tujuan supaya ibubapa ini akan berjumpa lagi dengan bomoh yang sama. Dengan ini bomoh mendapat sumber pendapatan yang tetap dan manusia dapat terus disesatkan oleh syaitan.

Demi kesejahteraan bayi yang baru dilahirkan dan demi menjaga aqidah sebagai seorang beragama Islam, jauhilah syirik. Jikalau didalam rumah ini sudah sedia ada tangkal/azimat sebelum kelahiran bayi, maka bersihkan rumah ini dari benda-benda ini semoga bayi akan sentiasa dibawah perlindungan Allah dan selamat dari gangguan syaitan. Orang yang melakukan syirik dengan otomatis akan gugur perlindungan yang diberikan oleh Allah dan dengan itu terdedah pula kepada gangguan syaitan. Suami isteri yang mengharapkan kelahiran bayi yang sihat dan sempurna selalu berdoa kepada Allah. Sewaktu ini kalau Tuhan meminta sesuatu sebagai jaminan keselamatan bayi pasti akan kita tunaikan walaupun seberat mana sekalipun. Jadi setelah seorang bayi comel yang sihat dan sempurna diberikan oleh Allah, apalah salahnya sebagai tanda kesyukuran kita menjamu orang yang layak dijamu seperti fakir miskin, janda-janda dan anak yatim. Dengan ini Islam telah menuntut agar pasangan yang mendapat anak lelaki menyembelih 2 ekor kambing dan 1 ekor kambing pula bagi anak perempuan sebagai aqeqah. Mahal sangatkah 2 ekor kambing berbanding dengan rahmat Allah yang tak terkira banyaknya.

Lakukanlah seperti yang dicontohkan oleh Nabi SAW iaitu menyembelih aqeqah pada hari ketujuh kelahiran bayi dan seterusnya berilah nama yang baik. Faktor nama yang baik sememangnya akan mempengaruhi perwatakan bayi ini. Berikanlah daging aqiqah tadi kepada orang yang layak menerimanya seperti fakir miskin, janda dan anak yatim sesuai dengan sunnah Nabi. Selain memberi nama dan aqeqah pada hari ketujuh, nabi telah mencontohkan agar bayi ini dicukur licin pula kepalanya. Setiap yang dicontohkan melalui Nabi SAW sememangnya banyak kebaikan atau hikmahnya. Kalau nak lihat apakah kesannya kepada bayi anda carilah bayi-bayi lain yang tidak dicukur rambutnya. Pasti anda akan temui bahawa kulit kepala bayi ini banyak berkudis dan bernanah. Jadi inilah hikmahnya setiap sunnah yang dilakukan oleh Nabi SAW untuk dicontohi oleh kita semua. Nabi memberi contoh yang sempurna tetapi ramai rakyat Malaysia kini seolah-olah lebih pandai dari Allah dan Nabi. Nabi membuat sesuatu hatta bercukur atas perintah Allah kerana hikmah-hikmahnya.

Rakyat Malaysia ubah syaria’at ini dengan membuat kenduri bacaan marhaban dari kitab Jaafar AlBarzanzi walaupun kitab ini banyak penyelewengan aqidah. Selepas itu potong sedikit rambut lalu masukkan kedalam kelapa muda yang dipotong indah kerana dipercayai rambut yang dimasukkan keladalam air kelapa muda ini akan membawa kebaikan tertentu. Ini sudah satu perbuatan syirik yang jelas mengikut perbincangan diatas. Nabi suruh cukur semua rambut tetapi kita buat syariaat baru iaitu potong rambut depan sahaja. Kita lebih pandai dari Allah dan rasulnya. Dan apa yang amat jelas ialah budaya masukkan rambut dalam air kelap muda sememangnya amalan budaya orang hindu. Orang hindu pada hari Thaipusam pecahkan biji kelapa kerana kononnya ada hikmahnya yang tertentu. Dari masa kesemasa ibu bapa baru ini akan membawa bayi kecilnya ke rumah saudara mara dan sahabatnya. Sepanjang perjalanan perbanyakkanlah zikir.

Apa yang sangat perlu diingati ialah "jangan menunjuk samaada dengan jari atau dengan mulut sebarang benda yang dilihat sepanjang perjalanan terutamanya kuil, rumah berhala, kubur, patung-patung, gambar, bukit, gua dan gunung." Jikalau anda nak buat satu amali mudah bolehlah anda menunjukkan kepada bayi anda mana kuil hindu dengan jari telunjuk anda dan tunggulah beberapa ketika apa yang akan berlaku. Setelah sampai kerumah yang dituju, apa perlu dilakukan apabila tiba-tiba sewaktu memasuki rumah ini bayi terus menangis (akibat gangguan syaitan) yang luar biasa ? Ini adalah petanda yang menunjukkan bahawa rumah ini terdapat banyak syaitan yang berdamping dengan barang-barang tangkal/azimat, patung (patung kuda atau patung pemberian kawan dari Bali), gambar dll. Berilah alasan yang baik kepada tuan rumah dan tinggalkan rumah tersebut secara segera. Kalau perlu juga pergi kerumah ini bersama bayi, pergilah selepas bayi berumur satu tahun. Ketika ini bayi ini sudah tidak ada lagi keistemewaan untuk melihat syaitan.

Sebelum bayi lahir, latihlah diri anda selalu bersembahyang berjamaah bersama isteri/suami. Sebelum maghrib, tutuplah pintu dan tingkap. Lubang angin (ventilation) tidak mengapalah dibiarkan terus terbuka. Amalan orang tua-tua dikampung dahulu kala ada banyak muslihatnya yang tidak diketahui. Adakah boleh menerima tetamu diwaktu mendapat bayi ini ?. Jawapannya adalah boleh tetapi dengan cara yang betul. Kalau kita menerima tetamu waktu malam dan tetamu terus pula mendukung bayi ini, jawapnya tunggulah menjelang tengah malam nanti insyaAllah bayi anda akan melalak. Cara yang betul ialah sediakan air untuk berwuduk diluar rumah untuk tetamu mengambil air sembahyang. Kalau diluar rumah ada paip air lebih mudah. Pentingnya ialah pastikan tetamu mengambil air sembahyang terlebih dahulu diluar rumah bukan masuk rumah baru ambil wudhuk.

Jika suami balik kerumah dari tempat kerja atau dari kebun juga amalkanlah mengambil air wuduk sebelum memasuki rumah, mudah-mudahan bayi akan dilindungai Allah dari gangguan syaitan. Bapa juga dilarang untuk membawa masuk benda-benda berdarah selepas maghrib. Kalau nak beli ayam atau daging lembu, belilah waktu siang hari dan bawa masuk rumah sebelum waktu maghrib. Kalau ada juga orang memberi rezeki ayam yang sudah bersembelih atau daging pada waktu malam, janganlah bawa masuk kerumah tetapi mintalah jiran anda simpankan daging atau ayam ini sehingga esok hari. Kini tibalah pula bahagian bagaimana sekiranya bayi diganggu syaitan dan menangis tanpa henti. Apabila anda meyakini bahawa tangisan bayi anda adalah luarbiasa yang mungkin disebabkan oleh gangguan syaitan, bacalah kalimah-kalimah Allah seperti ayat Kursi atau ayat-ayat laindengan kyusuk dan suara yang lembut antara kedengaran dengan tidak. Selepas itu terus berdoa mohon perlindungan daripada Allah untuk memberikan rahmatNya kepada anak tersebut. Selepas itu hembuskanlah perlahan-lahan kebelakang telinga kanan bayi ini.

Perlu diingati bahawa perlindungan adalah dari Allah dan bukan dari ayat Kursi ini. Tidak perlulah dibacakan kalimah Allah ini dengan kasar dan kuat seolah-olah bacaan ayat inilah yang menghalau syaitan. Boleh juga dibacakan ayat-ayat dari empat Kul iaitu Al Kafirun, Al Ikhlas, Al Falak dan An Nas. Ulangilah perbuatan ini sehingga anak tersebut diam. Sebagai satu latihan harian yang baik, adalah digalakkan bagi ibu atau bapa membacakan ayat-ayat bermula dari ayat Kursi hingga An Nas setiap kali menidurkan bayi, mudah-mudah Allah (dan bukan ayat-ayat ini) akan memberikan perlindungan kepada bayi anda. Sebagai bapa, berilah isteri makanan dari rezeki yang baik kerana susu yang diberikan kepada bayi akan membawa seribu rahmat. Sebagai ibu pula, bertekadlah semasa mengandung untuk menyusukan bayi anda kalau dapat hingga bayi berumur 2 tahun. Menyusukan bayi jauh lebih murah dari memberikan bayi susu formula. Tambahan lagi ibu lebih mudah dan selesa diwaktu malam kerana tidak perlu bangun untuk membancuh susu formula. Ibu bapa pula lebih tenteram kerana susu ibu akan insyaAllah menjadikan bayi tidak banyak kena penyakit terutamanya selsema dan batuk. Bayi yang mengidap selsema dan batuk akan banyak merengek dan menjadikan suasana ibu bapanya tegang dan banyak berjaga malam yang sungguh meletihkan.

Bagi mempastikan bayi terus membesar dengan sihat tanpa sebarang musibah seperti penyakit dan kemalangan lain, ibu bapa amat perlu memainkan peranannya. Kadang-kadang secara tiba-tiba bayi mendapat batuk dan selsema yang teruk tetapi setelah diperiksa kemungkinan besar penyakit ini adalah berpunca dari kesilapan ibu bapanya. Kesilapan yang selalu dilakukan oleh ibu ialah sifat megah dan riak (menunjuk-nunjuk). Megah dan riak hanya sifat kepunyaan Allah. Manusia tidak layak mempunyai sifat-sifat ini kerana manusia adalah lemah. Apabila seorang ibu suka sangat menceritakan betapa comelnya bayi beliau kepada rakan dan jiran, maka tunggulah saat bila mana bayi anda jadi tidak comel lagi apabila kena penyakit selsema dan batuk dengan ingus meleleh dan kurus kerana tak lalu makan. Terimalah musibah dari Allah akibat dari tangan (mulut) anda sendiri sesuai dengan firman Allah dalam ayat 30 surah As Syuura’ diatas.

Sepatutnya bila bayi terus membesar dengan comel dan lincah, si ibu perlu banyak mengucap syukur dengan membanyakkan zikir mudah-mudahan rahmat Allah ini akan ditambah lagi. Apa yang berlaku dipejabat apabila seseorang bertanyakan khabar bayi yang baru lahir, tak habis-habis si ibu menceritakan kisah bayinya yang itu dan yang ini. Cubalah belajar dengan menjawab "Alhamdulillah bayi saya sihat" dan cukup setakat itu sahaja supaya terelak dari sifat megah dan riak dengan nikmat Allah ini iaitu dapat bayi.

December 26, 2010

PINK GUAVA....elok ke??

Last week ada exhibition kat opis ABE...
ada jual air pink guava cam gambar kat atas tue......
jual murah2 untuk staff....RM 20 je for 12 pcs...
kira dalam 1 pc=RM 1.70 je la......
tadi KAK LANG tengok kat Carrefour Alamanda jual RM 4.67...
sori Bos...saya keluar awal pi alamanda tadi.....
WA...MANYAK UNTUNG LOR COMPANY.....
itu bonus mau kasi manyak jugak lor.......
since dah beli...minum la...sedap lak tu...
walau ada rasa ragu ketidakbaikan khasiatnya.......
tapi ni pink guava....yg x ok tu green guava.....
nanti saya mau tanya MR. Emjay la...
ini air...kalau u oll x mau beli ha......
pegi naik itu kapal terbang lor....dapat minum free.....itu kapal MAS tau........
memang sedap la...kurang manis...rasa jus dia agak fresh dan asli.....
sekejap je habis diminum 3 beranak ni.....
x sampai seminggu pun!
.
.
.
ni sajer nak letak link untuk rujukan KAK LANG....
senang nak baca bila2.....x yah search lagi....
pasal artikel kesihatan dll yg menarik perhatian KAK LANG
dari LAMAN EMJAY......BACALAH bila2 free.......
banyak manfaatnya.....kalau rajin baca komen2 sekali....

Sejak nak dapat adik....

This is the latest pic of my Fatin Zahirah.......... Cute kan??????
hahaha...... perasan je mama Fatin nie.....ye la... x der saper nak cakap anak sendiri x cute.........tapi really! dia memang cute! cute di mata I la...cute dihati I ....Kasut dia pun cute!!!!!!!!Hello Kitty!

Kini, Fatin dah 3 tahun 3 bulan....Perangai dia nak dapat adik ni memang x terlayan......

Dari bulan pertama lagi dia dah meragam nak perhatian.........as per below listed....
1) Nak tido tengah jer......x kira tido siang atau malam......pastu nak tido atas lengan mama!cana mama nak tido sayang, tengok la perut mama nie...???tapi itulah yang mama selalu wat kat maktok (my mum)! memang menurun la perangai tu......

2) bila makan nak mama suap....padahal dah tau makan sendiri.....selalu kalau ngan ayah ngam je...tapi sejak peknen nie..huh...letih mama...dah la atin nak dok atas riba mama je masa mama masa makan...x kira la makan luar ke...kat rumah ke....cana mama nak makan....mama selalu makan x kenyang....tapi takpa la....semuanya kerana sayangkan fatin.....lagipun x der la mama kembang 2 mangkuk masa peknen nie......

3) Bila dalam kete pun nak dok depan ngan mama....dok atas riba!!!aduh..memang x selesa....dulu ok jer dok belakang...........bahaya la sayang......nanti dah boyot canala ye......

4) Lagi cepat merajuk...ada je x kena......pagi2 lagi kuat meragam.....memang x tenang nak bersiap p keje pagi2.........

5) Asyik nak tengok citer katun sokmo....susah nak tgk citer lain....bila bukak PC /Laptop lak...asyik nak tengok katun gak....takpun main game masak kek....game mekap2 princess la.....tapi fatin dah pandai wat sendiri.....dari on PC pakai kaki (tiru aku!) dan shut down......

6) Selalu nak dukung jer.....aduh letih mama......takut bahaya baby ni......sebab hari tu mama dapat tau bahaya dukung2 ni.....sebab takut nanti bleeding ! Sori ye.....mama biar je bila Fatin nak mama dukung.........Fatin nangis mama wat x dengar je......

Apapun.....mama sayang Fatin...mama sabar semuanya....lagi pun mama faham Fatin sunyi....sedih mama bila Fatin cakap Fatin x der kawan nak main kat rumah....mama juga faham Fatin nak bermanja sementara baby kat dalam perut lagi....takpe....tapi ngan ayah pun naper cam x nak je.....padahal dulu bestfriend!!!!!Fatin tau dak.....Antara moment paling best dalam hidup mama ialah melihat kemesraan Fatin dan Ayah berdua...x kira la...kat rumah ke...kat luar ke.....memang rasa bahagia sangat masa tengok Fatin ngan Ayah bersama!

K, la.....tu je kot utk entry kali ni.....
Kat bawah ni tumbesaran mama semasa mengandung......
1)mengandungkan Fatin....
bujang....44-46
3 bulan - 48 kg
4 bulan - 51 kg
5 bulan - 55 kg
6 bulan - 61 kg
- pertambahan berat badan yang menbadak....dr suspected kena diabetes!namun syukur...border line jer.....lega!terus jaga makan!
7 bulan - 62.2 kg
8 bulan
- 64.5 kg- minggu ke 1
- 67.8 kg- minggu ke 3
9 bulan - 69 kg (12/09/07)
selepas 3 hari....15/09/07...Fatin dilahirkan...
...seberat 2.87kg pada jam 3.24 pm di Pusat Bersalin Razif, Klang.
berat semasa selepas melahirkan Fatin.....58-62kg (malunya...gemuk!)
ni lak berat mengandung sekarang.....
3 bulan - 63 kg
4 bulan - 64 kg
5 bulan - 67.5 kg (terkini as at 24/12/2010)
takutnya...berapa besar lagi mama nak besar...
harap2 ok la...kali nie I memang jaga makan skit...x nak membadak lagi.......takut susah nak turun...2 tahuun lebih breastfeeding pun.....gini je....ni dah cukup besar....azam tahun nie....salah satunya nak berpantang sepantang pantangnya......yes! I can do it !!













































Air Bena Kami....(Roselle)

Gambar kat atas tu adalah pokok Roselle yang ABE tanam kat depan umah kitorang sekarang nie......dah 3 -4 kali dapat kutip hasil wat air bena tuk kami 1 family serta menjamu orang.....

Sedap...air Bena yang buat sendiri nie...rasanya x sama dgn mana2 air bena yg dah dikomersialkan tu..........Atin memang suka sangatla............Ye la sejak nak jaga kesihatan nie...cubalah beralih kepada yang fresh2 je...buatan sendiri!!!!Lagipun banyak khasiatnya.......

Kan ada pil roselle dijual di pasaran....x silap KAK LANG ia bagus untuk resdung, kulit dan menurunkan berat badan............ Air Bena ni sedap diminum sejuk atau panas.....Cubalah!


Merah yang sangat cun...sangat menawan!


Mari kita tengok cara nak wat air tu.....


.


.

.


Kat bawah ni gambar buah/bunga yang dipetik.......amacam? subur tak hasil tanaman ni...merah menyala!!!!!!!!!!!!


Setelah dibersihkan.......direbus la...apa lagi..........!


Tambah gula mengikut selera masing2.............


Jagalah kesihatan anda.....


Sayangi diri......


Sayangi insan yang menyayangi anda!!!


Pesanan khidmat masyarakat dari KAK LANG!!

November 04, 2010

UBAH GAYA PEMAKANAN..BOLEH KE?

Aduh..........lama giler x update........BZ betul la ni........ABE pun bz sokmo..........Atin merap sokmo.....weken lak...ada je program........kenduri kendara lah......my parent/PIL mai umah lah........jalan2 cari makan lah...jalan jalan tengok wayanglah...semuanya dilakukan dalam keadaan mengah2 nie........semput.... La ni KAK LANG ngan opismate-Wan, KAK LANG suka baca blog ni.........LAMAN EMJAY....

Cana ntah satu hari tu tersampai ke blog ni dan baca........sangatlah banyak info yang KAK LANG suka........... Pasal kesihatan yang KAK LANG paling suka........ada gak citer pasal agama.....rumahtangga........kehidupan seharian.....dan pelbagai topik yanag menarik yang boleh dijadikan tips..............memang tengah teruja nak habiskan semua...naper ntah.........cam suka jer......ye lah.......usia nak melangkau garis2 senja ni.kenalah ada perubahan gaya hidup...........terutamanya pemakanan.........tapi kalau nak ikut memang byk benda yg x digalakkan makan tapi KAK LANG ikut mana yang termampu je la.........

Korang baca je la sendiri......nak citer lebih takut ada yang x minat............

Tulisannya berdasarkan pengalaman dan testimonial.............

kalau bagi perempuan kita leh tau pasal punca kanser, keputihan, keguguran dan punca susah mendapatkan anak melalui pemakanan.semua penyakit ini adalah Kuasa ALLAH...namun kita seharusnya berusaha menjaga kesihatan.memang amatlah sukar menukar gaya pemakanan....tapi berusahalah sedaya mungkin............sebab sekarang kan banyak penyakit yg berpunca dari pemakanan.........Sebab tengah peknen ni.....so senang skit nak kawal nafsu tu demi anak......lagi pun masih x berselera la.....masih rasa mual....muntah dah jarang kecuali salah makan...............Esok nak pi checkup 5 bulan..hopefully dapat tau sex dia (boy or girl ha?)

Buat masa ni.....dah lama giler x makan sardin tin tu....tengok pun x lalu....kekadang teringin gak roti sardin tu tapi TAHANNN je la........karipap sardin ker...roti canai sardin ke.....semua KAK LANG cuba pantang.....................naper x leh makan sardin ni??????ha...kena lah baca sendiri.........huraian nya agak detail....kalau KAK LANG yang hurai takut x best lak...tapi melalui komen2 readers, ada gak yg x setuju....tepuk dada..tanya hati la..........but for me....no harm to follow pun........slow2 la ubah pemakanan kita................baru KAK LANG tau...kini, x semua sayaur tu bagus...........x semua buah tu bagus gak tuk dimakan............hmm....kena pandai pilihla.......tapi nak pandai pilih....kenalah ada ilmu....................!betul tak?

KAK LANG list down kat bawah ni makanan yg bagus diamalkan dan yg nak dielakkan...senang nak refer nanti...sebab susah nak search kat blog emjay tu...byk sgt artikel...tapi kalau nak tau sebab musabab nya kenalah baca sendiri.............rasanya satu hari nanti bila free nak print la...buat scrap book...bagi ABE and Atin baca..........ABE bising gak KAK LANG asyik control gaya pemakanan kami 1Family.....ye la cam byk sgt je yg x leh makan...tapi KAK LANG kata ni semua utk kebaikan kita.......Fast Food cuma pi makan bila teringin giler je......Segala jenis makanan yang ada Kubis pun x makan dah...mengandung ni senang kena keputihan............

Susu Low Fat pun x minum dah............tembikai berjaya x beli dah...segala jenis makanan tin dan makanan sejuk beku pun x beli dah...megi pun dah x der stok dah kat umah tu.......roti putih pun jarang dah...diganti ngan roti serat tu..........dan macam2 lagi lah...memang patut pun ABE bising..Atin pun kalau dia dah tau membebel, mesti dia bising gak kan.....hehehe....

Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu ialah:
1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing-dah buat
2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.-belum lagi,peknen leh minum ker...
3. Makan peria dan peria katak-ala pahitla....
4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan-beres!
5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)-ok jer
6. Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan-minyak yg masak tu ke yg mana ha.....
7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb-beres
8.Buah Delima-memang suka dan bagus semasa peknen
9. Epal hijau 2 biji seminggu-ok!
10. Burung seperti burung puyuh dan merpati-fuh...cop duit la...
11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya-arnab dan rusa lalu la..
12. Garam kasar menggantikan garam halus-beres
13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.-alamak...rumah xder bath tab la....nak kena beli besen la weken ni.....
14. Makan lebih banyak sayur-sayuran-ok.....
15. Makan kapsul HABBATUSSAUDA-ok....
16. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya sudah mengambil minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak kelapa dara ini. Sekiranya sudah mengambil minyak kelapa dara, tidak perlulah lagi mengambil minyak zaitun.

----------------------------------------------------------------

Punca permakanan yang mengakibatkan Minah ditimpa penyakit diabetes. Dari temubual singkat tersebut, berikut adalah maklumat yang diperolehi:
1. Umur lewat 40an. Menghidap Diabetes 16 tahun lalu ketika usia awal 30an.
2. Suka dan kerap makan mee kuning
3. Tidak suka makan nasi sehingga sekarang semenjak hampir 20 tahun lepas.
4. Gemar makan roti canai, roti dan segala macam kuih yang dibuat dari tepung gandum (bleached flour).
5. Teramat gemar dan kerap makan kacang tanah dan pelbagai kacang lainnya
6. Teramat gemar dan kerap makan organ dalaman hati dan paru-paru
7. Hampir tidak makan sayur kerana menurut Minah tidak mengapa kerana beliau menggantikannya dengan memakan buah-buahan
8. Gemar makan durian, mata kucing siam / longan siam, duku
9. Gemar dan kerap makan pulut, keledek, ubi, keladi dan kentang
10. Gemar kacang buncis
11. Gemar makan junk food seperti twisties dsbnya.

-----------------------------------------------------------------------

Berikut pula tabiat pemakanan Ali, juga mengalami kencing manis. di usia awal 40 an...........

1 Nescafe
2 Mee kuning
3 Buah oren
4 Minuman Sunquick
5 Cendawan
6 Keledek, ubi, keladi, pulut dan kentang
7 Kari
8 Kacang tanah dan kacang bergaram
9 Jambu batu
10 Udang kerang ketam dan sotong

----------------------------------------------------------------

Bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan berikut semoga dijauhi Allah dari gout:
1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.
2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram
3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb
6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb
7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei). Segala produk yang menggunakan tepung putih juga perlu dielakkan seperti roti dan pizza.
8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.
9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.
11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu
13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)
14. Elakkan tembikai dan tembikai susu
15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.
18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
27. Elakkan jering, petai dan kerdas
28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.
29. Elakkan menonton bahan pornografi
30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
31. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb
32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb
33. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.
34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
35. Elakkan sayuran jeruk
36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
37. Elakkan telur masin
38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
39. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England
40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
42. Kurangkan makanan bersantan
43. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto

ADUH.......MAMPU KE????










October 21, 2010

Mencari kekuatan.......

Tika KAK LANG blogwalking mencari artikel yang boleh menambah kekuatan diri menghadapi dugaan mengandung ni.....terjumpa artikel yang menarik hati...blog ni KAK LANG dah follow sebab banyak pengajaran...nak tepek kat sini....bila2 nak baca senang......
Hakcipta oleh: Suzana Ghazali
*Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie *Kolumnis tetap Resipi Hidup Mingguan Wanita *Aktif memberikan ceramah dan kursus berkaitan *Pernah menjadi panel jemputan di RTM, TV3 dan Astro *Berpengalaman mengendalikan kes-kes rumahtangga sejak 1998.

Tidak semudah mata yang melihat

Baru-baru ni, tika dalam perjalanan ke tempat kerja, saya melayan dengar topic yang dibincangkan di sebuah stesyen radio. Satu SMS yang dibaca oleh DJ agak memeranjatkan saya. SMS tersebut berbunyi: “Saya berkahwin dah setahun. Masalahnya isteri saya takut nak beranak. Bukannya susah sangat. Baring atas katil, count one two three then push…” Begitulah bunyinya lebih kurang SMS yang dibacakan oleh DJ tersebut. Saya teringat, seorang DJ wanita yang mendengar melenting dengan ayat SMS tersebut. “Amboi!!! Senangnya kau cakap yer!! Kau nampak senang la tapi orang yang merasa hakikat sebenar tu…. Kau tau apa perasaannya?”

Saya pun melenting sama. Sungguh, lelaki jenis ini bukanlah lelaki yang tau menghargai. Kenapa saya tegaskan sedemikian? Kerana seorang lelaki yang betul-betul peka dan pandai menghargai akan perasan dengan jelas perbezaan yang wujud kepada seorang wanita setelah seorang wanita itu hamil, melahirkan kemudian membesarkan bayinya. Bukan sahaja perubahan bentuk fizikal (yang memang selalunya menjadi perhatian kaum lelaki) tetapi juga ketahanan dan kesihatannya, ada tikanya turut terganggu. Saya tau, tak semua wanita hamil mengalami alahan.

Jika anda pernah masuk
ke blog saya, ada sedikit cerita tentang kehamilan saya yang pertama. Tika itu, hanya Dia yang tahu betapa penat dan lelahnya. Sungguh saya mengerti dan faham kenapalah seorang ibu wajib ditaati hingga Allah meletakkan syurga di bawah telapak kaki ibu. Semasa kehamilan kedua, ketiga (sempat trimester pertama sahaja) dan keempat, alhamdulillah Allah b erikan kemudahan. Bak kata adik saya, sedar-sedar jer perut saya membesar.

Itu tika hamil, tika bersalin lain pulak rasanya. Saya yakin, anda pernah dengar tentang tiga jenis sakit yang paling sakit: sakit gigi, sakit nak bersalin dan sakit menghadapi kematian. Hah? Dah masuk jenis sakit yang paling sakit hingga nak samakan dengan saat sakaratulmaut pun, masih kata mudah dan senang? Kalaulah begitu mudah, takkan ada yang cakap, bersalin ni ertinya menyabung nyawa!! Itu dari pandangan luaran.

Hakikatnya, Islam mengiktiraf kesusahan dan kepayahan seorang isteri tika hamil dan melahirkan bayi. Segala jerih payah seorang isteri mengandungkan zuriat suami mendapat pengiktirafan yang amat tinggi.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil) dan apabila wanita melahirkan anak maka keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Dua hadis ini sudah cukup membuktikan betapa Islam mengiktiraf pengorbanan seorang ibu, seorang wanita. Kenapa pengorbanan? Kerana setiap kali bersalin, kaum wanita mempertaruhkan nyawanya. Sebab itulah wanita yang meninggal dunia kerana bersalin termasuk di dalam kategori shuhadak atau mati syahid. Ada kes ibu yang lumpuh, tidak boleh melakukan tugasan berat kesan daripada melahirkan.

Seorang wanita yang bersalinkan anak lelaki, dua sarafnya akan terputus berbanding hanya satu saraf jika melahirkan anak perempuan. Selepas bersalin, nak kena berpantang macam-macam lagi, semuanya demi suami. Tak jaga nanti, suami mula cari lain pulak. Itu semuanya pengorbanan.
Pengorbanan, bukanlah suka-suka dan syok sendiri. Maksudnya juga bukanlah semudah yang diucapkan oleh pengirim SMS tadi atau sesiapa sahaja yang berpendirian serupa.

Apakah ini semata-mata tanda protes atau omelan saya berkaitan SMS yang disiarkan di radio? Tidak, bukan semata-mata protes sebaliknya satu penjelasan dan harapan agar kaum lelaki lebih peka dan sedar tentang kepayahan dan pengorbanan yang telah diberikan oleh seorang isteri dan seorang ibu. Bukan pula untuk menakut-nakutkan kaum wanita. Tak perlu bimbang atau takut adik-adikku…. hamil dan kemudiannya bersalin memang menggerunkan tapi bak kelazatan memakan cili, makan nak makan dan terasa pedas tapi kalau tak der cili, tak sedap pulak nak makan nasi.

Begitulah analoginya…
Satu pengalaman menarik yang saya nak kongsi dengan mereka yang bakal menjadi ibu: segala kesakitan dan kepenatan akan hilang setelah anda mendengar tangisan pertama bayi anda. Bila anda pulang ke rumah, anak-anak anda akan menyambut anda dan secara mudah, segala kepenatan dan lelah seharian anda akan hilang begitu sahaja. Yang penting, anda perlu ikhlas dalam menerima amanah berharga ini. Buat kaum lelaki, jangan meluah sesedap rasa… buruk padahnya!!

*Motivasi pagi ini di IKIM 7:30 am.....oleh Ustaz Rujhan.... Jangan kau merungut dan menghitung kesukaran hidupmu tetapi bersyukurlah di atas semua nikmat yang ALLAH berikan...ianya tak terhitung!!! Huraiannya? Sila dengar ulangan pada 7:45 pm....
**Pepatah Arab ada menyatakan: Alangkah sayangnya orang yang tiada anak......seolah2 mereka tiada kemanisan hidup..... Alangkah penatnya orang yang mempunyai anak......kerana mereka tiada kerehatan hidup! Minta maaf jika ada pembaca yang terasa......ini hanyalah pepatah sahaja........bukanlah hadis atau apa2....sekadar berkongsi.....tiada niat apa2.......

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

KENAPA RASA KECEWA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Ali-Imran ayat 139

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

September 26, 2010

It's confirm.........

Setelah berbulan2 KAK LANG mengalami Fake Symtoms of Pregnancy..................

Finally, I'm Pregnant!!!!!!!!!!!!!! about 6 weeks already!!!! Hepi2!!!!! Alhamdulillah............

Fake Symtoms nie akan terjadi jika perasaan/keinginan kita nak mendapatkan anak di tahap maksimum..........

Lagipun dah penat dah mendengar komen orang pasal hal ni...bila nak tambah anak la...sian fatin main sorang lah....fatin nak adik la...cepat2 beranak semasa muda ni........rugi umurlah kalau tunggu lama2.....

Telah seminggu KAK LANG rasa perubahan diri ni.......masa raya hari tue......asyik semput jer....pastu selalu nak kencing jer...........huh...letih........bila dah terlewat datang bulan.........pastu bila balik kl terus check...and ......it's confirm.......KAK LANG dah berbadan dua sekarang ni............So, mulai dari tue.......kenala jaga makan minum..........perkataan diucap, penglihatan, banyakkan amalan, kena sentiasa tenang dan hepi......dan yang paling penting banyakkan membaca Al Quran!

2 hari cuti ni kena morning sickness agak teruk la jugak...wek2..loya betul tekak ni...makan salah, x makan pun salah.......tidur pun ada jer yang x kena........keje rumah harapkan orang tue buat je la.....nak gi jalan2.....tapi cam x sedap badan je..........Inilah dugaan mengandung..........hai...baru 6 minggu..........tapi semalam gagah jugak kuar pi shopping barang umah........dan yang paling penting kena beli buah2 masam dan jeruk2.............untuk hilangkan rasa loya tue.......x dapat lah nak puasa Syawal!!!!!!!

X pi beraya pun 2 hari nie....sepatutnya memang nak kena pi....tapi apa nak wat....takut lak orang kata sombong......malas nak bagitau heboh yang KAK LANG pregnant...cam baru lagi.......tapi perut KAK LANG dah leh nampak la....agak cepat membesar gak la....ABE kata ntah2 kembar!!!!!!!

Eh Biar betul!!!! sebab Family ABE memang ada keturunan kembar turun menurun.....Alah, x kisahlah...asal Baby sihat dan selamat...MAMA harap kali ni....dapat baby boy........teringin sangat nak dapat Baby Boy Lak!!!! Tapi kalau Girl pun takpa...x yah la beli baju baru byk sgt....sebab baju dan barang pink Fatin dah banyak.semua simpan lagi......teringat lak masa Fatin dalam Car seat Pink dia tue....comel la...................

OK lah, Ini sahaja buat masa ni........tekak dah lain macam nie.....

Surah2 kat bawah ni kena banyak dibaca semasa mengandung.........

* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
* Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
* Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)








August 06, 2010

IMAM MUDA 2010....GOOD JOB!

IMAM MUDA....ASYRAF DAN HIZBUR........

Semua yang mengikuti episod IMAM MUDA mesti dah tau yang IMAM MUDA UNGGUL yang memenangi pencarian ini adalah IMAM MUDA ASYRAF........dia memang layak dan agak menonjol......tambahan pula sejak episod yg sebelumnya juga dia telah beberapa kali mengungguli carta IMAM MUDA............TAHNIAH!!!!!!

Imam muda HIZBUR pun apa kurangnya.......memang hebat.....namun kerana ini adalah suatu pertandingan yang cuma ada 1 juara.......anda mendapat tempat kedua......takpa.....hadiah2 Imam muda Hizbur pun gempak....isteri Hizbur pun cool je...cun lak tu......tapi KAK LANG tau....hangpa dua masuk rancangan bukan sebab duit kan.....anda berdua lebih kepada berdakwah!!!!syabas!!!!!!

hang pa dua memang bagus dari segi ilmu dan akhlak......cool je dari mula.........
baguih la no...
dua dua org utara.......sama cam KAK LANG.............hehehe...go org UTARA!
senyuman dan kata-kata dari keduanya......aduh....bisa.........membuatkan kita jatuh hati.........
NASIB BAIK DUA-DUA DAH KAWIN...........
kalau tak rasanya ramaila makcik2 nak masuk minang!


MARI KITA DENGAR BACAAN AL QURAN OLEH MEREKA.....
Subahanallah....syahdu betul....rasa tenang je.....dan rasa nak menangis pun ada bila mendengar dua imam muda ni mengaji......sedapnya......two voices which make me suddenly speechless.....



sungguh sejuk perut ibu yg mengandung...........bahagia je rasa.........
sesejuk airmata ibu......

sapa2 yang rasa nak santapan rohani........pengubat qalbu....dahagakan ilmu akhirat......
tontonlah rancangan ini.....semua episode ada di Youtube.....Peruntukkanlah sedikit masa!

ANDA MASIH ADA MASA untuk agama????ADA TAK????ke bz????
tengok video ni untuk mengenali mereka secara ringkas........



p/s:
- IMAM MUDA yang KAK LANG suka dari awal adalah IMAM MUDA ASYRAF DAN ARAN....ABE suka HIZBUR........satu yg KAK LANG suka pasal HIZBUR ni...dia amat mengutamakan emaknya......

- HOPEFULLY ANAK KEDUA KAK LANG ADALAH LELAKI...mengharap sangat......nak namakan.....MOHD HIZBUR ASYRAF....TAK PUN MOHD HIZBUR ARAN....KE...MOHD ARAN HIZBUR.....bolehke ABE?

-Anak adalah rezeki yang mana jika anak itu soleh....doanya dapat membantu IBUBAPANYA setelah meninggal.....didiklah anak kita sebaiknya ke arah agama............besar ganjarannya di akhirat!

-Pesanan dari khutbah IMAM MUDA ASYRAF:

"kerja-kerja agama SEDANG MERINDUI kita! Kerja-kerja agama SEDANG MENCARI kita......" Tetapi di manakah kita ??????

wow.....sungguh menusuk QALBU! Apakah kerja2 agama yang telah aku lakukan?INSAF!