January 12, 2010

Teh Tarik Kurang Manis

Teh Tarik Kurang Manis……sepotong frasa yang memberi makna tersendiri….. Dalam manis…ada tawarnya… Dalam sedap ada sakitnya…..Dalam suka ada dukanya…..Begitulah ibaratnya kehidupan ini…bak asam garam, gula dan kopi yang mewarnai sesebuah alam rumah tangga…………
Antara tajuk kandungan yang menarik minat saya ialah:

Mahu biola dapat drum....Suri rumah pun ada uniform.....Kawal saiz seluar dalam anda
....Cemburu isteri si misai....Air tangan isteri pengikat kasih.....Saham tinggi si tua keladi
....Orang tua I, orang tua U juga.....Apa hebatnya awet muda?....Nilai sebentuk cincin perkahwinan.....Rahsia padang tembak.....Bayi montel, ibu jangan montel.....Ujian besar untuk suami...Pipit sama pipit, enggang sama enggang.....Tok Arab berjaya memikat jemaah kita....Cinta suci seorang lelaki.....Boikot gula, anti madu......‘Ike’ dan ‘Ikang’ sama saja.....Telurku hilang di malam pengantin.....Ibu, budimu kukenang hingga mati....Usah biarkan bunga itu kekeringan.........


Sedikit petikan dari buku tersebut.........

“ Anggun tidak semestinya berkulit halus dan tegang, juga tidak pada bentuk tubuh yang cun melecun itu, Anggun tidak terletak pada punggung yang bulat seperti gambus, tidak juga pada pinggang yang ramping seperti biola.

Keanggunan itu datang sendiri, dalam bentuk yang asli.
Mungkin sedikit kedut didahi, boleh jadi juga kecut di jari. Tetapi dalam kedutan itu ada ketenangan dan kemanisan. Cara berpakaian yang sopan, tingkah laku bersantun, senyuman ikhlas akan menyerlahkan lagi keanggunan wanita.”


“Mengapakah ramai wanita gagal mengawal berat badan? Tidak kira anak dara atau orang dewasa, kemungkinan untuk menjadi bulat seperti buah tembikai adalah tinggi. Wanita berusia dikatakan lebih mudah menjadi gemuk. Konon, setelah beranak dua atau tiga, daging dan otot wanita akan cepat mengembang. Macam roti kering direndam dalam air. Seluar dalam saiz L tiba-tiba sahaja tidak muat dan terpaksa beli saiz XL. Percayalah…ini bukan kes seluar dalam mengecut setelah beberapa kali dicuci tetapi kes punggung cepat mengembang.”

“Mengikut kajian ‘Persepsi wanita melayu terhadap kemajuan diri yang dilakukan oleh UIA’, terdapat 3 faktor yang dianggap sebagai kayu pengukur kejayaan seseorang wanita dalam hidup:
1)Kejayaan anak-anak 2) Pencapaian akademik diri 3) Pendapatan/ Gaji lumayan”

“Sesetengah surirumah tidak ‘ambil pot’ tentang pakaian semasa di rumah. Apapun kerja dan urusan dalam rumah, ketrampilan diri perlu dijaga sentiasa. Walaupun terpaksa menyapu tahi cicak, wajah mesti selalu ceria. Ada yang semasa di rumah hanya berkemban turun naik rumah dengan rambut yang di ikat dengan tuala kecil Good Morning.

Lenggang pun semacam, betul-betul macam itik gambol-gembol. Sesetengah tu hanya pakai baju tidur atau kaftan. Bayangkan tubuh besar, pakai kaftan yang ada bunga-bunga matahari besar. Apabila berjalan, betul-betul macam taman bergerak! Ingat, suami anda memerhati-dengan mata, hati dan perasaan!!!

Dapatkan segera di pasaran..memang menarik...dan berbaloi-baloi....!!!! Sesuai dibaca seisi keluarga....