April 22, 2010

4 Soalan..

Di bawah ada ( 4 ) soalan. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera.. OK?
Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....

Ready? GO!!! (lihat bawah)

Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!


Soalan Kedua:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau kalkulator. Cuba lah....

Ambil 1000 dan campur 40 . Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20 ... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Adakah jawapan anda 5000 ?
Jawapan sebenar adalah 4100.

Jika anda tak percaya gunakan kalkulator.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba okeh?

Soalan ke Tiga:

Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3.. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.

Namanya Mary. Baca semula soalan!

Okay, cuba jawab soalan Ke Empat:

Seorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakonan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya.?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati.
Mudah sahaja

anda dpt jwb sume dengan btol?
maka anda mmg hebat..
berikan tepukan untuk diri anda


Take My Advice.. I Don't Use It Anyway...haha..

No comments:

Post a Comment